awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zizan Razak mengaku tengok wayang dengan bekas isteri Eizlan Yusof

Gempak
Gempak
26/02/2016
08:55 MYT
Zizan Razak mengaku tengok wayang dengan bekas isteri Eizlan Yusof
ZIZAN: Ya, saya memang pernah keluar menonton wayang dengannya tetapi bukan keluar berdua.
PELAKON dan pengacara Zizan Razak mengaku yang dia pernah keluar menonton wayang bersama bekas isteri kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof, Vie Syanty Harun.
“Ya, saya memang pernah keluar menonton wayang dengannya tetapi bukan keluar berdua. Saya ditemani dengan keluarga saya, begitu juga dengan dia. "Hubungan yang terjalin di antara saya dan dia hanya sekadar teman sahaja," kata Zizan kepada Astro Gempak.
Menjelaskan bahawa hubungan mereka tidak serius, Zizan menjelaskan yang dia enggan mengulas lanjut mengenai berita yang tersebar.
“Kami hanya berkawan dan kalau kami berjumpa pun, ia berkaitan dengan urusan perniagaan. Kalau boleh, saya tak mahu komen panjang mengenai perkara ini. "Dia sendiri pun pernah mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram miliknya sebelum ini, jadi saya rasa itu sudah cukup,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran filem 'Bikers Kental 2'.
Bakal memulakan penggambaran pada 12 Mac ini, Zizan teruja untuk kembali ke set "Bikers Kental" kerana kecintaannya kepada aktiviti permotoran.
“Saya memang aktif dalam bidang permotoran semenjak dulu lagi. Habis sahaja sekolah, saya sudah memiliki lesen untujk menunggang motor besar. "Saya sendiri tidak sabar untuk memulakan penggambaran filem ini dan melakukan aksi-aksi stunt sendiri,” katanya.
Filem "Bikers Kental 2" bakal menjalani penggambaran selama 35 hari. Selain Zizan, filem arahan pengarah Helmi Yusof ini turut menampilkan Awie, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi. "Bikers Kental 2" juga akan menampilkan beberapa pelakon dari Thailand.
Topic Berkaitan
#Datuk Eizlan Yusof
#keluar menonton wayang
#Vie Syanty Harun
#Zizan Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan