awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia

Bernama
Bernama
27/01/2023
07:52 MYT
10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
Anwar Ibrahim (duduk, kanan) dan Mohd Zuki Ali (duduk, kiri) menyaksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia di Putrajaya pagi tadi. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Seramai 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah simpan rahsia.
Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, upacara berkenaan berlangsung di Putrajaya pagi tadi.
Beliau menyaksikan upacara mengangkat sumpah itu yang bermula dengan Muhammad Kamil Abdul Munim yang dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Kewangan.
Turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik ialah Datuk Hamzah Brahim (Menteri Perladangan dan Komoditi), Yuhaizad Abdullah (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Datuk Ton Zalani Mat Darus (Menteri Pertahanan) dan Datuk Rizam Ismail (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
Datuk Suraya Yaacob pula mengangkat sumpah simpan rahsia sebagai setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Akmal Zharif Ahmad Kamal (Menteri Luar Negeri), Dr Stephen Anak William (Menteri Perpaduan), Arul Kumar Jambunathan (Menteri Pengangkutan) dan Yap Yee Vonne (Menteri Belia dan Sukan).
"Semoga mereka dapat laksanakan amanah yang diberikan ini dengan ikhlas dan penuh berintegriti," kata Anwar.
Upacara mengangkat sumpah simpan rahsia itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#setiausaha politik
#angkat sumpah
#menteri Kabinet
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan