awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka

Bernama
Bernama
29/09/2024
12:58 MYT
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Dua kereta yang bertembung dalam kejadian tersebut di jalan Felda Jengka 4 ke Maran pada Ahad. - Gambar Sinar Harian
KUANTAN: Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata kemalangan itu membabitkan kereta jenis Honda City dinaiki tiga lelaki dan dua wanita serta Perodua Bezza yang membawa seorang lelaki, dua wanita bersama empat kanak-kanak.
"Bomba telah membantu mengeluarkan pemandu Honda City yang tersepit dalam kenderaan itu. Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke hospital," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 12.29 tengah hari.
Dalam kes berasingan di Temerloh, seorang pemandu dan jururawat cedera ringan apabila ambulans dinaiki mereka terbalik selepas dipercayai hilang kawalan ketika mengelak sebuah motosikal di KM115.2 Lebuhraya Pantai Timur menghala Kuantan pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika dua pemandu dan dua jururawat dalam perjalanan balik ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan.
Beliau berkata ketika di lokasi kejadian, pemandu ambulans cuba mengelak motosikal berkenaan, namun dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang besi di sebelah kanan jalan.
"Tiada pelanggaran berlaku dengan motosikal itu, namun akibat kemalangan itu seorang pemandu lelaki yang juga penumpang hadapan berusia 42 tahun luka di lutut kiri manakala jururawat lelaki berusia 34 tahun mengalami luka di siku kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#Lebuhraya Pantai Timur
#Felda
#Perodua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan