awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

126 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Pendang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/10/2021
04:31 MYT
126 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Pendang
Limpahan berlaku akibat aliran arus deras hingga menyebabkan beberapa buah rumah berhampiran Sungai Pendang dinaiki air. - APM
PENDANG: Seramai 126 mangsa dari 32 keluarga banjir kilat dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini selepas paras air sungai melimpah sejak Khamis lalu.
Mereka dipindahkan ke PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah.
Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pendang merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, kesemua mangsa dari sembilan kampung di lima mukim itu berpindah ke PPS berkenaan jam 9 pagi tadi.
Beliau berkata, ia membabitkan Kampung Sukamari, Kampung Baru 16, Kampung Seberang Pendang, Kampung Tok Pauh, Kampung Alor Ali, Kampung Alor Punti, Kampung Banggol Besi, Kampung Tanjung Radin dan Kampung Tanah Merah Dalam.
"Paras air ketika ini naik 2.98 meter dan mengundang bahaya kepada penduduk.
"Hujan lebat melebihi dua jam sejak Khamis lalu menyebabkan air melimpahi sungai secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat di beberapa kampung terbabit," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Yuslina berkata, limpahan berlaku akibat aliran arus deras hingga menyebabkan beberapa buah rumah berhampiran Sungai Pendang dinaiki air.
Beliau berkata, setakat ini air tidak menunjukkan trend penurunan dan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa di lokasi banjir.
"Sehubungan itu, penduduk kampung yang terjejas akibat banjir kilat di daerah ini diharap dapat menghubungi pasukan penyelamat untuk memudahkan urusan perpindahan dilakukan," katanya.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir pendang
#pusat pemindahan
#pertahanan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan