awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 barangan harga terkawal sempena Tahun Baru Cina

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/01/2017
09:03 MYT
13 barangan harga terkawal sempena Tahun Baru Cina
"Harga maksimum ditentukan bagi 13 barangan harga terkawal di 89 daerah di Semenanjung; 32 di Sarawak; 27 di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. - Gambar fail
Tiga belas jenis barangan harga terkawal diumum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Skim Kawalan Harga musim perayaan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian.
"Ia bertujuan memastikan harga yang telah ditentukan berpatutan dalam rantaian pengedaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.
"Harga maksimum ditentukan bagi 13 barangan harga terkawal di 89 daerah di Semenanjung; 32 di Sarawak; 27 di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
KDNKK
Berikut senarai kawalan harga sempena perayaan Tahun Baru Cina. - Gambar Kementerian
Antara 13 barangan tersebut adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import (tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih, ikan bawal putih, udang putih besar dan babi.
Kuat kuasa Skim Harga Barang Kawalan ialah selama 12 hari iaitu enam hari selepas tahun baru Cina dan lima hari sebelum perayaan itu.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#KPDNKK
#Sabah
#Sarawak
#Semenanjung
#Tahun Baru Cina
#Wilayah Persekutuan Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan