awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1.3 juta peminjam PTPTN dalam CCRIS tidak perlu bimbang

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2016
23:36 MYT
1.3 juta peminjam PTPTN dalam CCRIS tidak perlu bimbang
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mengingatkan bahawa PTPTN tidak boleh menganiayai peminjam. - Gambar fail
Seramai 1.3 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tersenarai dalam sistem maklumat rujukan kredit pusat (CCRIS) tidak perlu bimbang.
Menurut Ketua Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff, ini kerana ia dibuat untuk melihat sikap peminjam dalam melunaskan pembayaran hutang mereka.
Jelas Wan Ahmad, sekiranya peminjam membayar hutang PTPTN dengan mengikut jadual yang ditetapkan, ia tidak akan memberi sebarang kesan negatif kepada nama peminjam.
“CCRIS ni semua peminjam yang patut bayar. Maksudnya selepas enam bulan tamat pengajian, dia dah patut bayar dia masuk dalam senarai CCRIS.
“Jadi angkanya berubah-ubah sebab sekiranya mereka dah buat bayaran penuh, mereka akan keluar daripada senarai itu,” katanya.
Menurut Wan Ahmad lagi, sudah lebih 300 ribu peminjam yang telah pun membuat bayaran penuh.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran majlis jalinan mesra PTPTN, di Besut, Terengganu.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan bahawa PTPTN tidak akan menganiayai peminjam.
Idris, secara peribadi telah berkata, beliau sedia membantu peminjam PTPTN sekiranya mereka berdepan dengan tindakan undang-undang serta disenarai hitam di pengkalan data CCRIS.
Sehingga Februari 2016, terdapat lebih 600 ribu peminjam yang gagal membayar balik pinjaman PTPTN berjumlah RM5.4 bilion.
Topic Berkaitan
#CCRIS
#Peminjam
#PTPTN
#Wan Ahmad Wan Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan