awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 - MOF

Astro AWANI
Astro AWANI
05/03/2026
15:31 MYT
1,325 peniaga tidak berdaftar SST sepanjang 2024 hingga Januari 2026 - MOF
MOF berkata bagi kes yang dikenal pasti melalui aktiviti audit atau siasatan, bayaran balik cukai hendaklah dibuat berdasarkan Notis Tuntutan yang dikeluarkan selepas audit dimuktamadkan. --fotoBERNAMA
Seramai 1,325 peniaga yang tidak berdaftar di bawah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dikenal pasti bagi tempoh 2024 hingga Januari 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Kementerian itu berkata peniaga terlibat didapati telah mengenakan dan memungut cukai secara tidak sah.
“Kesemua mereka telah membuat bayaran balik kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM76.7 juta.
“Dalam hal ini, mana-mana peniaga yang tidak berdaftar tetapi telah mengenakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan hendaklah memulangkan semula amaun itu kepada JKDM selaras dengan peruntukan undang-undang,” kata kementerian itu melalui jawapan bertulis Dewan Negara semalam.
MOF berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead mengenai bilangan peniaga yang tidak mendaftar SST dan telah dikenakan caj bayaran balik.
MOF berkata bagi kes yang dikenal pasti melalui aktiviti audit atau siasatan, bayaran balik cukai hendaklah dibuat berdasarkan Notis Tuntutan yang dikeluarkan selepas audit dimuktamadkan.
Katanya, kemudahan bayaran ansuran juga disediakan oleh JKDM bergantung kepada penyediaan dokumen kewangan berkaitan sebelum pertimbangan boleh diberikan oleh Stesen Kastam tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#MOF
#SST
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan