awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 lokaliti lagi di Sabah dan Pahang dikenakan PKPD bermula Isnin

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2021
10:13 MYT
14 lokaliti lagi di Sabah dan Pahang dikenakan PKPD bermula Isnin
Hishammuddin berkata, PKPD baharu melibatkan sembilan lokaliti di Sabah dan lima lokaliti di Pahang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 lagi lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 9 Ogos hingga 21 Ogos ini.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia melibatkan sembilan lokaliti di Sabah dan lima lokaliti di Pahang.
Di Sabah, sembilan lokaliti yang terlibat ialah empat taman perumahan di Semarak, Tawau iaitu Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya, Flat Sri Semarak, dan Taman Sejati, selain dua kampung di Penampang, iaitu Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu.
Selain itu, Kampung Marau, Sipitang, Kampung Baru Kimanis, Papar dan Kampung Tanjong Kapor, Kudat.
Di Pahang pula, dua lokaliti di Maran iaitu FELDA Jengka 18 dan Kampung Paya Besar Kertau dikenakan PKPD.
Turut terlibat ialah Kampung Orang Asli Sungai Bot, Karak, Bentong; FELDA Sungai Panching Selatan, Kuantan; dan Jalan Feri Lama, Teluk Gading, Rompin.
Sementara itu, PKPD di sembilan lokaliti di Perak, Pahang, Kedah dan Sabah ditamatkan mengikut jadual iaitu pada 8 Ogos.
Ia melibatkan Medan Klebang Restu, mukim Chemor, Kinta; Blok 5, FELDA Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin; Asrama Pekerja dan Tapak Bina Hospital Pendang, Pendang; Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias, Beaufort; Kampung Tungkang, Kudat; Perumahan Ladang Kim Loong, Beluran; Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu; Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu; dan Kampung Pituru Kinarut, Papar.
6 Ogos 2021: Kenyataan media DS @HishammuddinH2O berkenaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKP Diperketatkan (PKPD) Ini adalah thread (1/9 )#MenangBersama#LindungDiriLindungSemuahttps://t.co/kBeM1UTAah
— Pejabat MKLN (Kluster Keselamatan) (@PejabatMKLN) August 6, 2021
Topic Berkaitan
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#Sabah
#Pahang
#Hishammuddin Hussein
#Menteri Kanan Keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan