awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

145 orang mangsa banjir di Melaka masih berada di PPS

Bernama
Bernama
30/10/2022
02:00 MYT
145 orang mangsa banjir di Melaka masih berada di PPS
Antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin dan Kampung Pulau. - Gambar fail
MELAKA: Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah dan Melaka Tengah berkurangan kepada 145 orang daripada 37 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 146 orang daripada 41 keluarga semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan di Alor Gajah, PPS Balai Raya Kampung Gadek menempatkan 24 orang daripada sembilan keluarga manakala PPS Balai Raya Kampung Belimbing menempatkan 21 orang daripada tujuh keluarga.
"Di Melaka Tengah pula, PPS Sekolah Kebangsaan Krubong menempatkan 100 orang daripada 21 keluarga," menurut kenyataan itu.
Antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin dan Kampung Pulau manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis dan Kampung Tanah Merah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#Melaka
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan