awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 Anak ATM tamat Latihan Teknikal LAKSAMANA 3.0

Astro AWANI
Astro AWANI
22/02/2026
03:10 MYT
15 Anak ATM tamat Latihan Teknikal LAKSAMANA 3.0
Seramai 15 peserta terdiri daripada anak anggota dan anak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menamatkan fasa latihan teknikal Program LAKSAMANA 3.0 anjuran Yayasan LTAT dengan kerjasama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
Seramai 15 peserta terdiri daripada anak anggota dan anak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menamatkan fasa latihan teknikal Program LAKSAMANA 3.0 anjuran Yayasan LTAT dengan kerjasama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
Majlis penyampaian sijil berlangsung di RSA Academy Sdn Bhd pada Sabtu, menandakan tamatnya latihan intensif 14 hari dalam bidang Pengujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing, NDT).
Menurut Yayasan LTAT, latihan merangkumi penguasaan teori, prosedur industri, latihan amali serta dokumentasi teknikal, selari keperluan industri berteknologi tinggi seperti minyak dan gas, aeroangkasa, pembinaan dan tenaga.
Selaras model Train & Place, peserta akan memasuki fasa penempatan industri selama dua bulan bermula 1 Mac hingga 30 April 2026 untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.
Daripada 127 permohonan diterima, hanya 15 peserta terpilih selepas melalui proses saringan ketat.
LAKSAMANA 3.0 merupakan kesinambungan kerjasama strategik antara Yayasan LTAT dan MIGHT selepas termeterainya memorandum persefahaman pada Mei 2025.
Bagi tahun ini, program melibatkan tiga kohort dengan sasaran 40 peserta keseluruhan.
Yayasan LTAT berkata, kejayaan Kohort 1 menjadi penanda aras penting dalam usaha memperkukuh pembangunan kemahiran dan kebolehpasaran anak-anak ATM selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Topic Berkaitan
#ATM
#LAKSAMANA 3.0
#MIGHT
#Yayasan LTAT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan