awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 individu ditahan terlibat pergaduhan dua keluarga

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2023
03:25 MYT
15 individu ditahan terlibat pergaduhan dua keluarga
Difahamkan, pergaduhan berlaku akibat tidak puas hati di antara satu sama lain kerana satu pihak telah dituduh sebagai pencuri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perselisihan faham menjadi punca tercetusnya pergaduhan di antara dua keluarga di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, pada lewat malam tadi.
Menurut sumber, seramai 15 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut yang membabitkan dua buah keluarga di kawasan kejiranan yang sama.
"Kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 14 hingga 64 tahun.
"Difahamkan, pergaduhan berlaku akibat tidak puas hati di antara satu sama lain kerana satu pihak telah dituduh sebagai pencuri," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata, setakat ini saksi kejadian masih lagi sedang dikesan untuk membantu siasatan kerana tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#gaduh
#kejiranan
#PPR Kampung Muhibbah
#gaduh dua keluarga'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan