awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

156,033 kes rentan ditangani menerusi PSSS - Nancy

Bernama
Bernama
17/02/2026
21:09 MYT
156,033 kes rentan ditangani menerusi PSSS - Nancy
Nancy semasa tiba pada Program Ihya Ramadan di Masjid Darul Hana Kuching, 17 Feb 2026. --fotoBERNAMA
Sebanyak 156,033 kes melibatkan golongan rentan telah disantuni, dan diselesaikan melalui perkhidmatan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) sejak Okt 2021 hingga Disember tahun lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata keperluan terhadap perkhidmatan berkenaan kini pada tahap yang mendesak dalam menyediakan sokongan kesihatan mental, kaunseling, dan intervensi awal tanpa stigma.
"Sebab itu kita mempromosikan PSSS ini supaya menjadi satu platform maklumat kepada mereka yang berasa terganggu.
"Masyarakat sekarang mengatakan inilah tekanan mental, jadi kita tidak mahu lebih ramai yang akan terkesan oleh perkara seperti ini," katanya kepada pemberita pada Program Ihya Ramadan 2026/1447H di Petra Jaya, di sini malam tadi.
Selain itu, beliau berkata kepekaan jiran dan masyarakat setempat amat penting dalam membantu menangani isu gangguan pemikiran serta tekanan emosi yang berlaku dalam komuniti.
"Kita sebagai komuniti yang hidup bersama dalam kawasan saling berkait dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku, antaranya dapat melihat petanda yang berlaku dalam kalangan jiran kita.
"Penduduk setempat boleh memainkan peranan penting dengan memberikan nasihat atau menyalurkan maklumat kepada pihak berwajib," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian lima sekeluarga ditemukan mati disyaki dibunuh di Taman Cerating Damai di Kuantan, Pahang semalam.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dilaporkan berkata lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam disyaki pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri dan turut maut.
Dalam pada itu, Nancy berkata sejak Januari hingga semalam, sekurang-kurangnya tujuh kes yang membabitkan ibu, isteri dan anak dibunuh di seluruh negara, dan setakat ini sebanyak tiga program jelajah di bawah PSSS telah dilaksanakan di Kuching tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan rentan
#PSSS
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan