awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 bas ekspres dan persiaran disaman kerana tiada pemandu kedua

Bernama
Bernama
21/07/2024
03:00 MYT
17 bas ekspres dan persiaran disaman kerana tiada pemandu kedua
Penguatkuasaan dijalankan JPJ bagi memastikan semua kenderaan perkhidmatan awam terutamanya bas ekspres mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. - Foto JPJ Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan saman terhadap 17 bas ekspres dan bas persiaran yang didapati tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam secara berterusan dalam satu operasi awal pagi ini.
Dalam hantaran di Facebook, JPJ Pulau Pinang memaklumkan operasi khas yang menyasarkan bas ekspres dan bas persiaran itu berlangsung selama empat jam bermula tengah malam tadi di Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua, dekat sini.
"Tujuan penguatkuasaan itu bagi memastikan semua kenderaan perkhidmatan awam terutamanya bas ekspres mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan," menurut hantaran itu.
Sementara itu dalam operasi berasingan JPJ Pulau Pinang menyita 23 motosikal dan dua kereta yang didapati dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Jalan Permatang Pauh - Mak Mandin, dekat sini semalam.
Kenderaan itu didapati dipandu warga Pakistan, Rohingya, Bangladesh, Myanmar serta lndonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen sah untuk membolehkan memandu kenderaan dalam negara, khususnya lesen memandu.
"Dalam operasi itu 71 saman turut dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan jalan raya, dengan tiada lesen memandu antara kesalahan tertinggi dikesan, diikuti lesen kenderaan motor tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman
#bas ekspres
#pemandu kedua
#JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan