awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 Klinik 1 Malaysia di Perak masih beroperasi, dijenamakan semula - Exco

Bernama
Bernama
07/12/2023
03:40 MYT
18 Klinik 1 Malaysia di Perak masih beroperasi, dijenamakan semula - Exco
Sebanyak 18 Klinik 1Malaysia di Perak dijenamakan semula kepada Klinik Komuniti (KKom). - Gambar fail
IPOH: Sebanyak 18 Klinik 1Malaysia di Perak tidak ditutup, sebaliknya dijenamakan semula kepada Klinik Komuniti (KKom) dan masih beroperasi sehingga kini.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A. Sivanesan berkata setakat ini klinik berkenaan menyediakan rawatan penyakit ringan kepada penduduk setempat termasuk demam, batuk, selsema dan penyakit ringan yang lain.
"Selain itu, prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan, rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetis, darah tinggi dan asma serta khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan," katanya pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr. Hashim Bujang (PN-Bukit Chandan) yang ingin tahu mengenai status Klinik 1Malaysia sama ada sudah ditutup dan tidak berfungsi di Perak.
Sivanesan (PH-Sungkai) berkata terdapat tiga KKom yang turut menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan ibu dan anak iaitu KKom Kampung Tawas di sini, KKom Taman Samudera di Manjung dan KKom Behrang di Tanjung Malim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Klinik 1 Malaysia
#Perak
#Klinik Komuniti
#KKom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan