awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 tahun lolos, suspek rogol akhirnya dicekup

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2022
22:15 MYT
19 tahun lolos, suspek rogol akhirnya dicekup
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai, Perak selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis berjaya menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai, Perak selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam di sekitar Bagan Serai, Perak pada Khamis.
Menurutnya, hasil padanan data profil asid deoksiribonukleik (DNA), polis berjaya menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada tahun 2003 dengan tertangkapnya suspek terbabit.
"Suspek direman empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Bagan Serai Perak bermula 10 hingga 13 Jun bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan segera dirujuk ke pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan pertuduhan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Abd Jalil berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan setiap kes jenayah supaya keadilan dapat diberikan kepada mangsa dan semua pihak terlibat.
Katanya, walaupun pada awal siasatan pihak polis mengalami kesukaran untuk menyelesaikan kes berikutan kekurangan maklumat namun pihaknya berjaya merungkai kejadian rogol yang berlaku pada tahun 2003 itu menggunakan kaedah saintifik.
"PDRM menyeru masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kegiatan jenayah untuk memberi keadilan kepada mangsa seterusnya menjadikan Malaysia kekal selamat," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#suspek rogol
#Lolos
#Abd Jalil Hassan
#cekup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan