awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Penerbit The Edge dipanggil untuk soal siasat - polis

Bernama
Bernama
23/07/2015
11:08 MYT
1MDB: Penerbit The Edge dipanggil untuk soal siasat - polis
Astro AWANI / Shahir Omar
Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat hari ini dipanggil polis untuk disoal siasat berkaitan artikel mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disiarkan The Edge Financial Daily.
Perkara itu disahkan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datin Asmawati Ahmad.
"Dia dipanggil. Dia kena hadir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Selasa lepas, The Edge menyerahkan dokumen, e-mel bercetak dan cakera keras yang dimilikinya mengenai 1MDB kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
Sehari sebelum itu, The Edge Financial Daily menerbitkan artikel empat halaman yang memfokus kepada usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International.
1MDB dalam satu kenyataan pada Selasa menyelar akhbar itu dengan menyatakan bahawa dakwaan dalam laporan itu "sudah lapuk, tidak berasas dan dikitar semula."
Topic Berkaitan
#1MDB
#Ho Kay Tat
#PDRM
#polis
#the edge media group
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan