awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Polis serbu pejabat Deloitte

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2019
11:14 MYT
1MDB: Polis serbu pejabat Deloitte
Datuk Saiful Azly mengesahkan polis telah merampas beberapa kotak berisi dokumen. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Polis menyerbu pejabat Deloitte Malaysia di Taman Tun Dr Ismail, di sini, dipercayai berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Serbuan bermula jam 10.45 pagi tadi, membabitkan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Sementara itu, Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan serbuan terbabit.
"Polis telah merampas beberapa kotak berisi dokumen.
"Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti," katanya.
Pada 30 Januari lalu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan dan penalti berjumlah RM2.2 juta terhadap Deloitte PLT (Deloitte) bagi empat kesalahan berkaitan dengan terbitan Program Sukuk Murabahah bernilai RM2.4 bilion, yang diterbitkan oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) pada 2014.
Deloitte dilantik sebagai juruaudit berkanun bagi BMSB dan 1MDB Real Estate Sdn Bhd (1MDB RE) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 sehingga 2016.
1MDB RE, kini dikenali sebagai TRX City Sdn Bhd, adalah salah satu pembekal perkhidmatan keselamatan bagi Program Sukuk Murabahah dan syarikat induk bagi BMSB.
Sementara 1MDB adalah syarikat induk bagi 1MDB RE dan BMSB.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Bukit Aman
#Deloitte
#jenayah
#Saiful Azly Kamaruddin
#serbuan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan