awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Tunjuk bukti, bukan selindung di sebalik alasan 'rahsia negara' - Tun M

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2015
04:30 MYT
1MDB: Tunjuk bukti, bukan selindung di sebalik alasan 'rahsia negara' - Tun M
TUN M: Tunjuk bukti, bukan berselindung di sebalik alasan 'rahsia negara.' -Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta ditunjukkan bukti kepada semua fakta yang didedahkannya mengenai syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tegas Dr Mahathir, menggunakan alasan 'rahsia negara' dilihat bukan jawapan kukuh untuk menjelaskan pelbagai persoalan yang diminta rakyat selama ini.
"Mereka hanya tahu kata salah, namun tiada bukti yang menguatkan hujah berkenaan.
"Saya tahu mengenai isu masa depan telaga minyak di Terengganu dan mereka yang terlibat dengan isu berkenaan.
"Tiada pembentangan kertas Kabinet yang menyebut isu pinjaman RM5 bilion dan pastinya mereka kata ia rahsia negara," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog chedet.cc hari ini.
BACA: 1MDB nafi dakwaan Tun Mahathir
Dr Mahathir turut mencabar 1MDB menunjukkan bukti bertulis mengenai bon serta kadar faedah yang diatur Goldman Sachs atau AmBank.
BACA: 1MDB bayar bunga RM2.7 bilion setahun - Husni
"Terdapat bukti bertulis mengenai terma-terma Golden Sachs untuk terbitan bon. Tunjukkan bahawa Golden Sachs atau Ambank tidak mengenakan kadar faedah yang tinggi dan komisen 10 peratus ke atas pinjaman. Jangan hanya kata ia adalah rahsia.
"Jadi apabila 1MDB mengeluarkan bon 30 tahun, ia sekali gus membuktikan 1MDB terpaksa menanggung beban tinggi akibat perkara berkenaan," ujarnya.
BACA: Banyak penemuan baru dalam prosiding 1MDB - Nur Jazlan
Sebelum ini, 1MDB menafikan pelbagai dakwaan Dr Mahathir dalam blognya yang bertajuk 'The 1MDB Story' dan 'More Investments By 1MDB.'
Antara lain, isu membabitkan wang Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pembelian tanah serta usaha sama dengan PetroSaudi selain RM2 bilion yang dikatakan dipinjam daripada seorang jutawan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Dr Mahathir
#terengganu
#TIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan