awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/07/2024
07:15 MYT
2 dihadap ke mahkamah perdagang remaja bawah umur untuk eksploitasi seks di hotel bajet
Tertuduh didakwa memperdagangkan dua remaja perempuan bawah umur bagi tujuan eksploitasi seks pada 2 Julai lalu. - Gambar/ Astro AWANI
KANGAR: Dua wanita termasuk seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua remaja perempuan bawah umur bagi tujuan eksploitasi seks pada 2 Julai lalu.
Shakila Latiff, 25, dan rakannya berumur 17 tahun itu didakwa bersama-sama memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bagi maksud eksploitasi seks bertempat di sebuah hotel di Persiaran Jubli Emas di sini pada 6.20 petang, 2 Julai.
Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama melakukan perbuatan sama melibatkan seorang lagi remaja perempuan yang berumur 14 tahun di bilik berasingan di hotel sama pada 6.25 petang, tarikh yang sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan boleh disebat jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Suzila Chek Pi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Musyiri Peet membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan pertama, manakala RM10,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan kedua.
Kedua-dua tertuduh juga dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan dan tidak boleh menghampiri saksi pendakwaan serta mangsa.
Mahkamah menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#eksploitasi seks
#remaja bawah umur
#pelacuran
#hotel bajet
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan