awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, seorang melecur 90 peratus tubuh dalam kemalangan 3 kenderaan

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
07/02/2023
11:23 MYT
2 maut, seorang melecur 90 peratus tubuh dalam kemalangan 3 kenderaan
Kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan iaitu motosikal, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori. - Gambar/ JBPM
SRI AMAN: Dua maut, manakala seorang lagi melecur hampir keseluruhan badan dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kampung Gua Ming di sini pada Selasa.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai Jerawi Gundam, 50, dan Valen Ting Hui Hui, 17, sementara Lee Nyuk Mui, 56, melecur 90 peratus tubuh selepas lori yang dipandunya terbakar.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Henderi Ardimanshah ketika dihubungi berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman diatur gerak ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 1.38 tengah hari.
“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu motosikal, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori.
“Akibat kemalangan tersebut, MPV telah terbakar 100 peratus manakala lori telah terbakar hampir 20 peratus. Kesemua mangsa telah berjaya keluar dari kedua-dua buah kenderaan dengan bantuan orang awam,” katanya.
Menurutnya lagi, penunggang motosikal iaitu Jerawi dan penumpang MPV, Hui Hui disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.
“Tiga mangsa yang menaiki MPV telah mengalami cedera ringan. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sri Aman dengan menggunakan kenderaan EMRS Bomba dan ambulans,” katanya.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada Polis Sri Aman untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Sri Aman
#lori terbakar
#Kampung Gua Ming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan