awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel - PM Meloni
PM Australia Albanese lawat Malaysia pada 15-17 April, fokus kepada keselamatan tenaga
Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 pegawai kanan anak syarikat milik kerajaan ditahan kes rasuah hampir RM2 juta

Astro AWANI
Astro AWANI
08/04/2026
09:02 MYT
2 pegawai kanan anak syarikat milik kerajaan ditahan kes rasuah hampir RM2 juta
Kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan berkenaan antara 2021 hingga 2023 dengan menerima rasuah secara bulanan kira-kira RM60,000.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang pegawai kanan teknikal dan seorang pengurus cawangan sebuah anak syarikat milik kerajaan kerana disyaki meminta serta menerima rasuah kira-kira RM2 juta.
Kedua-dua individu terbabit dipercayai menerima rasuah daripada sebuah syarikat teknologi maklumat dan perkakasan sebagai balasan membantu mendapatkan kontrak perkhidmatan penyelenggaraan sistem telekomunikasi di selatan tanah air.
Perintah reman selama lima hari sehingga 12 April terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret, Khairunnisak Hassni selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.
Menurut sumber, suspek utama, lelaki berusia lingkungan 40-an, ditahan kira-kira 5.30 petang Selasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Seorang lagi suspek, lelaki berusia lingkungan 50-an, pula ditahan kira-kira 4 petang di pejabatnya.
Sumber itu berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan berkenaan antara 2021 hingga 2023 dengan menerima rasuah secara bulanan kira-kira RM60,000.
“Siasatan yang dijalankan dengan kerjasama Bahagian Perisikan dan SPRM Kuala Lumpur turut mendapati kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah secara tunai,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#kes rasuah
#syarikat milik kerajaan
#syarikat teknologi maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan