awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 dilapor cedera, bas ekspres langgar penghalang laluan berdekatan Nilai

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2025
16:13 MYT
20 dilapor cedera, bas ekspres langgar penghalang laluan berdekatan Nilai
Setakat ini, 19 mangsa yang cedera merupakan warganegara, manakala seorang lagi adalah warga asing. - Foto/Facebook Helme Hanafi
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 20 orang cedera selepas sebuah bas ekspres yang dipercayai dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan melanggar penghalang laluan kenderaan berat berhampiran sempadan Nilai dan Bukit Mahkota, pada Jumaat.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 10.30 malam tadi.
Beliau memaklumkan bahawa setakat ini, 19 mangsa yang cedera merupakan warganegara, manakala seorang lagi adalah warga asing.
"Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan.
"Jumlah sebenar penumpang yang berada dalam bas ekspres tersebut masih belum dapat disahkan," ujarnya.
Jurucakap itu menambah, anggota dari BBP Nilai dan Bangi telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kemalangan bas ekspres
#kemalangan jalan raya
#nilai
#langgar penghalang laluan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan