awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

209 PATI ditahan dalam Ops Ikrar di Bandar Tasik Selatan

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2017
03:26 MYT
209 PATI ditahan dalam Ops Ikrar di Bandar Tasik Selatan
Seramai 209 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Ikrar yang dijalankan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur awal pagi tadi. -Gambar fail
Seramai 209 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Ikrar yang dijalankan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dua penempatan warga asing di Bandar Tasik Selatan, dekat sini, awal pagi tadi.
Operasi pertama dilakukan di sebuah pangsapuri kos rendah bermula jam 12 malam.
Dalam operasi ini pemeriksaan dilakukan dari rumah ke rumah yang disyaki disewa PATI.
Dalam serbuan disertai 82 anggota Imigresen, seramai 121 warga asing diperiksa.
Selepas proses dokumentasi dijalankan, seramai 61 orang didapati tiada pengenalan diri.
Kebanyakan yang ditahan adalah PATI warga Indonesia dan India.
Ketua Operasi Sharulnizam Ismail berkata ketika operasi ada warga asing cuba melarikan diri dan bersembunyi bagi mengelak daripada ditangkap.
Bagaimanapun, cubaan mereka gagal apabila berjaya dikesan anggota Imigresen.
Serbuan kedua pula dilakukan di sebuah tapak pembinaan kondominium berhampiran.
Dalam serbuan bermula jam 3 pagi tadi, seramai 209 warga asing diperiksa.
Daripada jumlah itu, 149 ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan Imigresen.
Kedua-dua serbuan ini dilakukan hasil maklumat awam dan risikan dilakukan pasukan Imigresen.
Topic Berkaitan
#Bandar Tasik Selatan
#Imigresen
#pangsapuri kos rendah
#pati
#pendatang asing tanpa izin
#Sharulnizam Ismail
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan