awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22 atlet para hoki beraksi di Berlin Jun ini

Bernama
Bernama
07/01/2023
20:40 MYT
22 atlet para hoki beraksi di Berlin Jun ini
Acara yang juga dikenali sebagai ID Hoki itu merupakan acara pertunjukan sebelum ia disenaraikan sebagai acara rasmi dalam temasya sukan berprestij itu pada masa akan datang.
KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama di Asia yang menghantar atlet para hoki negara untuk beraksi dalam acara Special Olympics Hockey di Special Olympics World Games di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.
Presiden Persatuan Para Hoki Malaysia (PPHM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata acara yang juga dikenali sebagai ID Hoki itu merupakan acara pertunjukan sebelum ia disenaraikan sebagai acara rasmi dalam temasya sukan berprestij itu pada masa akan datang.
"Kita telah mempersiapkan barisan atlet dari pelbagai negeri sejak awal lagi bagi membawa nama negara dalam acara berprestij itu," katanya selepas melancarkan PPHM secara rasmi pada Sabtu.
Special Olympics World Games merupakan temasya sukan khusus bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempertandingkan 26 acara termasuk badminton, olahraga, boling dan berbasikal.
Dalam pada itu, Megat D Shahriman yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata penubuhan persatuan itu sejak 14 Jun 2021 adalah sebagai platform untuk atlet OKU termasuk fizikal, pendengaran, penglihatan, mental dan kerdil menceburi sukan hoki.
"PPHM mengorak langkah mengadakan platform ini untuk memberi peluang kepada OKU menyerlahkan bakat mereka dalam sukan hoki," katanya.
Beliau berkata bagi menjayakan matlamat persatuan, PPHM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#para hoki
#Special Olympics Hockey
#Berlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan