awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 kes akibat mercun direkodkan di Kelantan - JKNK

Bernama
Bernama
27/03/2025
11:30 MYT
23 kes akibat mercun direkodkan di Kelantan - JKNK
Sebanyak 23 kes akibat mercun direkodkan setakat semalam oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) membabitkan mangsa berusia 15 tahun ke bawah. - Foto hiasan
KOTA BHARU: Sebanyak 23 kes akibat mercun direkodkan setakat semalam oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) membabitkan mangsa berusia 15 tahun ke bawah, kata Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 13 mangsa dimasukkan ke wad dan selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar.
"Hospital Jeli mencatatkan lima kes, diikuti Hospital Tanah Merah, Hospital Pasir Mas dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu masing-masing tiga kes.
"Dua kes akibat mercun pula dilaporkan di Hospital Bachok, Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, Hospital Machang dan Hospital Gua Musang manakala satu kes di Hospital Tumpat," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata kes terbaharu diterima pihaknya membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang tangan kiri hancur selain luka pada bahagian muka akibat letupan mercun di Tumpat semalam.
"Kejadian berlaku lebih kurang 3.30 petang apabila mangsa dikatakan bermain mercun yang diubah suai bersama dua rakan lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes akibat mercun
#Kelantan
#JKNK
#mangsa 15 tahun ke bawah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan