awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 penghuni selamat, empat rumah setinggan terbakar

Astro AWANI
Astro AWANI
03/03/2026
03:00 MYT
23 penghuni selamat, empat rumah setinggan terbakar
Sebanyak 23 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas empat rumah setinggan satu tingkat didiami musnah dalam kebakaran di Tanjung Tokong, George Town, awal pagi Selasa. - Gambar Bernama
Sebanyak 23 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas empat rumah setinggan satu tingkat didiami musnah dalam kebakaran di Tanjung Tokong, di sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.14 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal tiba di lokasi tujuh minit kemudian.
“Sebaik tiba, bomba mendapati api sedang marak dan kebakaran melibatkan empat rumah berkeluasan antara 55 meter persegi hingga 75 meter persegi serta sebuah motosikal Honda Ex5 milik penghuni kediaman itu.
“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran pada 3.42 pagi daripada terus merebak ke rumah lain yang terdapat di kawasan itu dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira 6 pagi sebelum kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, empat rumah itu didiami 23 penghuni melibatkan 10 lelaki dewasa, enam perempuan dewasa dan tujuh kanak-kanak daripada keluarga Melayu serta Rohingya, namun kesemua mereka dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan kerana berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#empat rumah
#sehelai sepinggang
#23 penghuni
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan