awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

24 jam padam kebakaran stor simpanan kapas di Kamunting

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/02/2022
10:25 MYT
24 jam padam kebakaran stor simpanan kapas di Kamunting
Anggota bomba bertindak menggunakan empat aliran pancutan 100 kaki sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya. - JBPM
TAIPING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengambil masa hampir 24 jam untuk memastikan kebakaran sebuah stor menyimpan kapas di Kampung Kurnia, Kamunting, dekat sini, dapat dipadamkan sepenuhnya.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, Taiping dan Batu Kurau terlibat dalam operasi pemadaman itu.
Mereka dibantu oleh anggota bomba dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Sepetang, Batu Kurau dan Bagan Serai.
Menurut jurucakap JBPM Perak, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 3.58 petang Ahad.
“Kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan kapas kelas A berkeluasan 30X120 kaki musnah terbakar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba bertindak menggunakan empat aliran pancutan 100 kaki sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.
Selesai pemadaman, anggota bomba melakukan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan tiada lagi ancaman berbahaya.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Azizul Aswad Asaris ditamatkan jam 3.30 petang ini.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kamunting
#stor kapas
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan