awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan kaji semula pelaksanaan cukai karbon di tengah-tengah tekanan geopolitik - Arthur
16 cedera, bekas pelajar lepas lepas tembakan di sekolah di Turki
Suspek serang kediaman CEO OpenAI didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

250 tetamu hadiri majlis Aidilfitri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi

Bernama
Bernama
23/04/2023
21:20 MYT
250 tetamu hadiri majlis Aidilfitri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi
Acara berlangsung di dewan serbaguna misi diplomatik yang dihiasi indah yang turut menampilkan replika rumah kampung tradisional Malaysia. - Foto BERNAMA
NEW DELHI: Diplomat dari negara-negara ASEAN, warga Malaysia dan rakyat tempatan antara 250 tetamu yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pada Ahad.
Ketibaan tetamu disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Amizal Fadzli Rajali dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi.
Acara berlangsung di dewan serbaguna misi diplomatik yang dihiasi indah yang turut menampilkan replika rumah kampung tradisional Malaysia.
Antara tetamu kenamaan yang hadir termasuk Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam Datuk Paduka Alaihuddin Taha dan isteri Datin Mariani Bongsu, Duta Kemboja Kuong koy dan isteri Seng Phalla, Duta Indonesia Ina Hagniningtyas Krisnamurthi, Duta Myanmar Moe Kyaw Aung, kuasa usaha Filipina John Boitte C. , Duta Thailand Pattarat Hongtong, Duta Vietnam Nguyen Thanh Hai dan setiausaha di Kementerian Hal Ehwal Luar India Ravi Shankar.
Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah enak seperti sate, pajeri nenas, dalca sayur, nasi minyak, ayam masak merah, lontong dan teh tarik.
India menyambut 1 Syawal pada Sabtu dan ribuan jemaah tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid bersejarah iaitu Masjid Jama di Old Delhi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majlis aidilfitri
#Suruhanjaya Tinggi Malaysia
#New Delhi
#diplomat negara-negara ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan