awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 bilion robot berbentuk manusia dijangka digunakan menjelang 2060

Amanz
Amanz
29/03/2025
01:40 MYT
3 bilion robot berbentuk manusia dijangka digunakan menjelang 2060
Untuk peringkat awal, menjelang 2030 kelak, jualan robot berbentuk manusia ini dijangka mencapai sekitar 1 juta unit setiap tahun, sebelum berkembang lebih pantas selepas itu. - Foto Amanz
PENGANALISA Bank of America kini membuat ramalan awal, mengatakan robot berbentuk manusia akan mencapai sekitar 3 bilion unit menjelang tahun 2060 kelak.
Dikatakan bahawa, 65% daripadanya akan digunakan untuk tujuan dalam rumah, 32% dalam perkhidmatan, dan 3% untuk penggunaan industri.
Selari dengannya, pembangunan robot dijangka akan menjadi lebih pantas bermula pada tahun ini.
Beberapa syarikat sedia menyatakan hasrat penawaran robot mereka pada tahun ini, terutamanya dari China yang sedia menerajui dalam arena ini.
Di samping itu, jenama barat seperti Tesla dan NVIDIA juga turut melakukan pelaburan dalam arena robotik ini, dan menyasarkan penawaran masing-masing dalam masa terdekat.
Untuk peringkat awal, menjelang 2030 kelak, jualan robot berbentuk manusia ini dijangka mencapai sekitar 1 juta unit setiap tahun, sebelum berkembang lebih pantas selepas itu.
Kos untuk robot juga dijangka akan menurun dari tahun ke tahun, selari peningkatan pengeluarannya.
China yang sedia menerajui dalam arena kenderaan elektrik dijangka akan turut melakukan pelaburan tinggi untuk turut menguasai arena robotik ini.
Topic Berkaitan
#robot
#robot berbentuk manusia
#robotik
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan