awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yuran lesen H.264 dilapor melonjak, platform penstriman berdepan kos jutaan dolar
Konflik Asia Barat: Serangan AS–Israel ragut 13 nyawa di Baharestan, Iran
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 cedera, 7 selamat van terbabas di Pulau Pangkor

Aida Aziz
Aida Aziz
04/05/2022
14:02 MYT
3 cedera, 7 selamat van terbabas di Pulau Pangkor
Bomba berkata kenderaan tersebut merupakan van persendirian dan bukan van khusus untuk pelancong. - Gambar/ JBPM
PULAU PANGKOR: Tiga cedera manakala tujuh lagi selamat setelah van yang dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Jalan Teluk Nipah, Pulau Pangkor di sini petang tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, kenderaan tersebut merupakan van persendirian dan bukan van khusus untuk pelancong.
Katanya lagi, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 5 petang.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor bergegas ke lokasi dan mendapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van.
"Van tersebut terbabas di bahu jalan dan remuk sedikit di bahagian depan. Terdapat 10 orang di dalamnya, tiga cedera manakala tujuh lagi selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Tidak dapat dipastikan sama ada van itu terbabas sendiri atau cuba elak kenderaan lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Jelasnya, kesemua mangsa kemudiannya dikeluarkan oleh orang awam dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pangkor bagi rawatan susulan.
Topic Berkaitan
#Pulau Pangkor
#kemalangan van
#van terbabas
#pelancong cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan