awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

32 termasuk 4 penjawat awam ditahan sertai parti liar

Bernama
Bernama
06/06/2021
14:26 MYT
32 termasuk 4 penjawat awam ditahan sertai parti liar
Semua yang ditahan dalam serbuan itu berusia 20 hingga 50 tahun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Empat penjawat awam antara 32 individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam parti liar yang diadakan di sebuah hotel mewah di Jalan Pinang, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata mereka yang ditahan dalam serbuan 2 pagi di dua bilik berasingan di hotel berkenaan terdiri daripada lapan warga asing dan 18 wanita berusia 20 hingga 50 tahun.
"Siasatan awal mendapati, seorang daripada penjawat awam itu adalah penganjur kegiatan berkenaan dan tempahan bilik juga dibuat olehnya dengan kadar sewa RM500 dan RM700 semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis membuka kertas siasatan bagi kes penjawat awam dan warga asing manakala 20 individu yang juga warga tempatan dikompaun sebanyak RM2,000 seorang.
Mohamad Zainal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Perjangkit (PPPDPPB) (No 2) 2021 kerana melakukan aktiviti sosial dalam tempoh PKP.
Katanya, mereka akan dituduh di mahkamah setelah mendapat arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti liar
#wild party
#penjawat awam
#ditahan
#total lockdown
#PKP
#SOP
#polis
#Dang Wangi
#hotel mewah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan