awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,400 premis di Pulau Pangkor kini punya alamat lengkap

Bernama
Bernama
10/02/2017
07:17 MYT
3,400 premis di Pulau Pangkor kini punya alamat lengkap
Sebanyak 3,400 premis di 18 kampung di Pulau Pangkor hari ini menerima alamat lengkap. - Gambar hiasan
Sebanyak 3,400 premis di 18 kampung di Pulau Pangkor hari ini menerima alamat lengkap menerusi projek Alamat Untuk Semua (AFA) anjuran Pos Malaysia Berhad dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata projek AFA kawasan itu yang melibatkan kos RM34,000 dilaksanakan sejak Ogos tahun lalu dan selesai pada Januari lepas.
"Sejak AFA diperkenalkan pada April 2016, sebanyak 75,000 premis di seluruh negara sudah mempunyai alamat lengkap.
"Sasaran kita sehingga tahun 2020 ialah sejuta premis di seluruh negara yang tidak mempunyai alamat mendapat alamat lengkap," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pemberian Nombor Premis Pulau Pangkor, di sini hari ini.
Majlis dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Menariknya pada majlis hari ini Zambry yang merupakan anak kelahiran Pulau Pangkor merupakan penerima alamat lengkap pertama.
Dalam pada itu, Mohd Shukrie berkata statistik Pos Malaysia menunjukkan jumlah alamat di Malaysia bertambah kepada 8.5 juta pada tahun lepas.
"Dalam tempoh lima tahun sebelum ini, jumlah alamat yang dibuat penghantaran adalah kira-kira 7.1 juta premis," katanya.
Mohd Shukrie berkata projek itu perlu diteruskan bagi memastikan semua premis mendapat alamat yang lengkap seiring dengan kemajuan semasa.
Sementara itu, seorang penduduk, Osman Ayub, 73, dari Teluk Gadong di sini, berkata selepas 50 tahun menetap di pulau tersebut, dia berasa gembira kerana akhirnya mendapat alamat lengkap hari ini.
"Saya harap lepas ini semua surat akan dapat dihantar ke rumah kerana sebelum ini agak susah sedikit, cuma saya agak bernasib baik kerana penghantar surat kenal saya.
"Ada juga insiden anak saya mendapat tawaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatam Awam tapi surat tidak sampai ke rumah, nasiblah mereka menelefon dan memaklumkan kalau tidak terlepas peluang kerja dia," katanya.
Bagi Mohd Syukor Chik, 60, alamat lengkap itu akan memudahkan urusannya yang sering kali menerima notis bil tertunggak kerana surat dihantar ke alamat lain.
"Kami ingat bil tak sampai, rupa-rupanya dihantar ke alamat lain," katanya yang tinggal di Teluk Gadong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alamat tetap
#Penduduk
#pos malaysia
#Pulau Pangkor
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan