awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

345 pegawai JPJ bawa senjata api ketika beroperasi - Ketua Pengarah

Bernama
Bernama
06/03/2022
09:38 MYT
345 pegawai JPJ bawa senjata api ketika beroperasi - Ketua Pengarah
Zailani (tengah) bergambar bersama para pengamal media dan anggota JPJ sempena Majlis Penutup Kursus Asas Pengedalian Senjata Api JPJ Malaysia di Lapang Pasar Polis Diraja Malysia (PDRM), Gunong hari ini. - Foto BERNAMA
BACHOK: Sejumlah 345 pucuk senjata api digunakan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara ketika beroperasi ketika ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim.
Beliau berkata penggunaan senjata api dalam kalangan anggota JPJ adalah penting terutama ketika menghadapi ancaman pihak tidak bertanggungjawab.
"Setiap hari anggota JPJ terutamanya yang terlibat dalam penguatkuasaan menghadapi ancaman dan justeru itu penggunaan senjata api adalah penting bagi memberikan keyakinan kepada pegawai dan anggota.
"Walaupun hanya pegawai yang dibolehkan membawa senjata namun ia akan memberi keyakinan kepada anggota lain yang menjalankan tugasan di lapangan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan penutup Kursus Asas Pengendalian Senjata Api melibatkan 45 pegawai dan anggota JPJ Kelantan dan Ibu Pejabat yang diadakan selama empat hari di Lapang Sasar Gunong, di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#senjata api
#zailani hashim
#Bachok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan