awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Penutupan Selat Hormuz dan ruang udara beri kesan rantaian bekalan global - Penganalisis
Aidilfitri: Larangan kenderaan berat di jalan raya pada 19-20 Mac, 28-29 Mac
Lagi kes pijak al-Quran: MCMC laksana siasatan segera, kesan individu terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 cedera susulan 'insiden' di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

Astro AWANI
Astro AWANI
01/03/2026
01:03 MYT
4 cedera susulan 'insiden' di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai
Empat kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai cedera susulan insiden di lapangan terbang itu pada awal pagi Ahad, menurut kenyataan Pejabat Media Dubai. - Video orang awam/BERNAMA
Empat kakitangan cedera susulan “insiden” di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai awal pagi Ahad, menurut kenyataan Pejabat Media Dubai, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam hantaran di X, pejabat itu menyatakan bahawa Lapangan Terbang Dubai mengesahkan sebuah ruang legar di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) mengalami kerosakan kecil dalam insiden itu, yang telah "berjaya dikawal dengan pantas”.
Pasukan tindak balas kecemasan segera dikerahkan dan sedang menguruskan keadaan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan, menurut kenyataan itu.
Keempat-empat kakitangan yang cedera menerima rawatan perubatan dengan segera.
Kenyataan itu menambah bahawa susulan pelan luar jangka yang telah tersedia, kebanyakan terminal telah dikosongkan daripada penumpang lebih awal.
Kemas kini lanjut akan diberikan apabila maklumat diperoleh, menurut pegawai.
Tiada butiran lanjut diberikan mengenai insiden itu. Bagaimanapun, media Arab dan video yang tular secara meluas menunjukkan kerosakan pada sebuah bangunan di lapangan terbang berkenaan susulan serangan peluru berpandu.
Terdahulu pada Sabtu, Emiriah Arab Bersatu mengumumkan bahawa negara itu menjadi sasaran serangan Iran yang menyasarkan beberapa kawasan di negara berkenaan, khususnya ibu negara Abu Dhabi, mengakibatkan seorang penduduk terkorban.
Pada pagi Sabtu, AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran dengan mendakwa ia bertujuan menghapuskan “ancaman” yang ditimbulkan oleh “rejim” Iran. Sebagai tindak balas, Iran menyasarkan Israel dan pangkalan AS di rantau itu dengan peluru berpandu dan dron.
Israel mengisytiharkan “keadaan darurat khas dan serta-merta” di seluruh negara.
Iran pula berikrar akan memberikan “tindak balas keras” terhadap pencerobohan itu dan melancarkan serangan peluru berpandu serta dron ke arah Israel dan pangkalan AS di rantau berkenaan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai
#AS-Israel serang Iran
#kakitangan DXB cedera
#serangan peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan