awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 individu dikenal pasti dalam insiden pijak gambar pemimpin - Ahmad Zahid

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2015
07:33 MYT
4 individu dikenal pasti dalam insiden pijak gambar pemimpin - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Tolonglah hormat, kalau pun pemimpin itu kita tidak bersetuju dengan pendapatnya, janganlah dihina dengan memijak gambarnya. -Gambar fail
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenal pasti empat individu yang terlibat dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perhimpunan Bersih 4 hujung bulan lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN akan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam insiden itu dalam masa terdekat.
“Tolonglah hormat, kalau pun pemimpin itu kita tidak bersetuju dengan pendapatnya, janganlah dihina dengan memijak gambarnya.
“Mereka salah perhitungan, yang dipijak itu gambar Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Ahmad Zahid sambil menegaskan tiada amaran akan dikeluarkan dan tindakan tetap akan diambil.
Menurutnya, setakat ini, sebanyak 267 laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu dan penganjur serta pemimpin yang menunjukkan persepsi negatif tidak akan terkecuali berdepan dengan tindakan undang-undang.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Alor Gajah.
Topic Berkaitan
#bersih 4
#hadi
#najib
#perhimpunan
#pijak gambar
#zahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan