awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

Bernama
Bernama
26/03/2013
23:38 MYT
4 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual merkuri dan tretinoin.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A.Rahman berkata empat produck berkenaan ialah Acrena Pure Herbal Papaya Soap, White Complex, SS Pearl Cream dan SS Vita C Night Repair.
Beliau berkata produk kosmetik itu yang dicampur dengan bahan merkuri biasanya didapati pada produk yang dipasarkan untuk mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan.
"Penggunaan merkuri dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Justeru, katanya, sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta.
Topic Berkaitan
#Acrena Pure Herbal Papaya Soap
#kosmetik
#racun
#SS Pearl Cream
#SS Vita C Night Repair.
#White Complex
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan