awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Giuffre gesa Raja Charles temui mangsa Epstein semasa lawatan ke AS
Konflik Asia Barat: AS, Iran berbalas ancaman ketika operasi mencari juruterbang AS diteruskan
Indonesia terima jenazah anggota pengaman yang terkorban di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

456 notis dikeluarkan, 22 disita dalam Ops Khas Motosikal - JPJ WPKL

Bernama
Bernama
22/02/2026
05:25 MYT
456 notis dikeluarkan, 22 disita dalam Ops Khas Motosikal - JPJ WPKL
Antara kesalahan utama yang dikesan termasuklah lesen memandu tamat tempoh, lesen kenderaan motor tamat tempoh, ketiadaan insurans dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. - Foto FB JPJ WPKL
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mengeluarkan 456 notis atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Operasi Khas Motosikal sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sentul Pasar malam tadi.
Pengarah JPJ WPKL Hamidi Adam berkata dalam operasi itu sebanyak 912 motosikal diperiksa dan 152 daripadanya diambil tindakan termasuk 22 disita.
"Antara kesalahan utama yang dikesan termasuklah lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen, lesen kenderaan motor tamat tempoh, ketiadaan insurans, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan penggunaan cermin gelap yang tidak mematuhi peraturan.
"JPJ Kuala Lumpur menegaskan komitmen dalam memastikan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan, terutamanya semasa musim perayaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Operasi bersepadu dari 8.30 malam hingga 11.30 malam yang mendapat kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik itu turut mengesan 11 penunggang motosikal warga asing iaitu Pakistan (5), Bangladesh (3), Indonesia (2) dan Myanmar (1).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Operasi Khas Motosikal
#Tahun Baharu Cina
#Plaza Tol Sentul Pasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan