awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

47 khemah peniaga diterbangkan ribut

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2025
22:50 MYT
47 khemah peniaga diterbangkan ribut
Peniaga di Bazar Makan Gastro@Serindit berdepan detik cemas selepas khemah mereka diterbangkan ribut dalam kejadian petang semalam. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Seramai 47 peniaga di Bazar Makan Gastro@Serindit di sini berdepan detik cemas selepas khemah mereka diterbangkan ribut dalam kejadian petang Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, dilaporkan seorang peniaga mengalami cedera ringan pada bahagian kaki selain sebuah kereta turut mengalami cermin belakang pecah dalam kejadian jam 6.45 petang itu.
Menurutnya, ribut kuat dan hujan lebat yang melanda kawasan itu berlaku selama 15 minit menyebabkan peralatan peniaga terjejas.
Beliau berkata, pihak penganjur telah diminta menilai semula bentuk bantuan yang boleh disalurkan bagi mengurangkan beban peniaga.
“Penganjur bersetuju menyalurkan beberapa bentuk bantuan segera, termasuk diskaun 50 peratus bagi bayaran sewaan bulan Disember.
“Selain itu, kutipan bayaran dijadualkan semula pada hujung bulan bagi membantu peniaga mengurangkan tekanan kewangan," katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Noor Helmy berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan dan bekerjasama dengan penganjur serta pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan peniaga terjamin.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa tiada laporan kawasan dinaiki air susulan hujan lebat berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ribut
#Bazar Makan Gastro Serindit
#khemah peniaga terbang
#peniaga bazar makan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan