awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

48 stesen minyak dikenal pasti berisiko tinggi berlaku ketirisan subsidi di Kelantan

Bernama
Bernama
25/03/2026
14:14 MYT
48 stesen minyak dikenal pasti berisiko tinggi berlaku ketirisan subsidi di Kelantan
Aswadi berkata, rondaan yang dijalankan juga memfokuskan pemantauan terhadap kenderaan yang disyaki cuba melakukan pengisian berulang menggunakan tong jerikin atau tangki tambahan. - Gambar Facebook KPDN Kelantan
Sebanyak 48 stesen minyak yang beroperasi dalam lingkungan 25 kilometer dari sempadan negara di Kelantan dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya aktiviti ketirisan subsidi.
Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, pihaknya kini meningkatkan kekerapan pemeriksaan di stesen minyak terbabit bagi mengelakkan penyelewengan bahan bakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Pelaksanaan Ops Tiris 2026 turut memberi tumpuan kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan perundangan KPDN di lokasi tumpuan awam seluruh negeri.
“Operasi ini melibatkan pemantauan sepenuhnya terhadap tahap pematuhan peniaga serta memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi, selain menjamin kestabilan harga kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, rondaan yang dijalankan juga memfokuskan pemantauan terhadap kenderaan yang disyaki cuba melakukan pengisian berulang menggunakan tong jerikin atau tangki tambahan.
“Selain itu, pemeriksaan turut dijalankan ke atas pemegang permit dan pemborong yang dikeluarkan oleh KPDN bagi memastikan pematuhan kepada syarat yang ditetapkan.
“KPDN tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan penyalahgunaan subsidi, khususnya dalam situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#subsidi
#minyak
#pemegang permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan