awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 rentung dalam nahas kereta, treler di Lebuhraya Utara Selatan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/05/2022
23:13 MYT
5 rentung dalam nahas kereta, treler di Lebuhraya Utara Selatan
Lima orang rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam nahas dengan dua buah treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, selepas susur keluar Kuala Kangsar, awal pagi ini. -JBPM
KUALA KANGSAR: Lima mangsa rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam nahas dengan dua buah treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, selepas susur keluar Kuala Kangsar, awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai nahas itu pada jam 12.52 pagi.
Menurutnya, nahas melibatkan sebuah kereta dan dua treler yang membawa muatan besi dan mozek.
Menurut jurucakap itu lagi, kereta dan treler berkenaan terbakar 90 peratus.
Katanya, terdapat lima mangsa di dalam kereta dan disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital.
Dua pemandu treler dan seorang kelindan tidak mengalami kecederaan.
Setakat ini identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.
[TERKINI] Kebakaran | Lima rentung kereta terbakar
Topic Berkaitan
#lima rentung
#nahas kereta dengan treler
#Lebuhraya Utara Selatan
#susur keluar Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan