awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 topik untuk sembang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2020
22:33 MYT
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. Terkini COVID-19
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan sebanyak 10 juta penutup hidung dan mulut akan mula dibekalkan pengeluar dalam tempoh seminggu bagi memenuhi permintaan pengguna susulan penularan jangkitan COVID-19.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata keputusan awal ujian klinikal penawar penyakit COVID-19 dijangka diketahui dalam tempoh tiga minggu lagi. Ujian klinikal itu menggabungkan dua ubat untuk HIV, Lopinavir dan Ritonavir; satu lagi ujian antivirus dipanggil Remdesivir.
Ikuti perkembangan terkini di LAPOR LANGSUNG.
2. Peralihan kuasa PM
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa terpulang kepada beliau untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri atau pun sebaliknya.
Menurut beliau, setakat ini peralihan kuasa akan berlaku seperti mana ditetapkan selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pada itu memaklumkan partinya akur dengan keputusan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan selepas Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Katanya, pendirian parti adalah jelas untuk memberikan sokongan kepada Perdana Menteri menjalankan tugas sehingga tempoh yang dipersetujui.
3. Peguam Negara hentikan prosiding LTTE
Peguam Negara, Tommy Thomas menarik balik pertuduhan terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan aktiviti Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkuat kuasa serta-merta.
Ia selepas pihaknya melihat tidak ada prospek jelas untuk sabitan ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.
Jelas Tommy, keputusan muktamad itu dibuat berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
4. Pengumuman dividen KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen 2020 pada tengah hari ini.
Mengikut jangkaan penganalisis, kadar dividen bagi 2020 mungkin berada pada kadar di antara 5.0 hingga 6.0 peratus.
Tahun lalu, dana persaraan itu agih kadar dividen sebanyak 6.15 peratus untuk simpanan konvensional, dengan dividen sebanyak RM43 bilion dan 5.9 peratus untuk simpanan shariah, dengan agihan dividen sebanyak RM4.32 bilion.
Ikuti laporan dan perbincangan menyeluruh di saluran 501 Astro AWANI.
5. Mangsa buli
Kisah seorang budak 9 tahun yang menjadi mangsa buli disebabkan fizikalnya yang kerdil tular di media sosial.
Kanak-kanak itu dirakam menangis akibat trauma diejek dan diperlakukan secara tidak sewajarnya oleh rakan-rakan dan bertindak mahu mengakhiri hidupnya.
Kisah Quaden Bayles dari Brisbane, Australia yang dilahirkan dengan gangguan genetik achondroplasia mendapat beberapa pihak yang simpati dengan nasibnya, termasuk artis terkemuka Hugh Jackman serta CEO ONE Championship.
Topic Berkaitan
#5 topik untuk sembang hari ini
#Anwar Ibrahim
#APEC
#COVID-19
#koronavirus
#KWSP
#Lopinavir
#Mahathir Mohamad
#penawar virus
#peralihan kuasa
#Remdesivir
#Ritonavir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan