awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

500 mangsa banjir mohon ganti pengenalan diri di Kelantan dan Terengganu

Bernama
Bernama
29/12/2022
09:50 MYT
500 mangsa banjir mohon ganti pengenalan diri di Kelantan dan Terengganu
Seramai 220 kakitangan daripada Ibu Pejabat JPN Terengganu dan Kelantan terlibat dalam membantu urusan penggantian pengenalan diri itu menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) JPN. - Gambar hiasan/ Sinar Harian
JERTEH: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 500 permohonan penggantian dokumen pengenalan diri yang baharu daripada individu terlibat banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
Ketua Pengarah JPN Datuk Ruslin Jusoh berkata angka itu dijangka akan meningkat memandangkan buat masa ini dipercayai masih ramai mangsa banjir yang belum berkesempatan untuk membuat permohonan penggantian dokumen berkenaan.
"Buat masa ini kebanyakan mangsa-mangsa banjir sedang memberi perhatian kepada proses pemulihan pascabanjir.
"Mereka yang kehilangan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, sijil lahir atau sijil mati mengalami kerosakan boleh memohon penggantian secara percuma," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kad pengenalan kepada 19 mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung La di Hulu Besut di sini, hari ini.
Beliau berkata lagi, individu terlibat juga boleh membuat penggantian dokumen berkenaan jika ada kakitangan jabatan itu berkunjung ke kawasan terjejas atau hadir sendiri di pejabat JPN berhampiran.
Menurut Ruslin, usaha turun padang pihak JPN itu merupakan inisiatif bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir.
"Mangsa tidak perlu tergesa-gesa kerana tiada tempoh had masa ditetapkan untuk permohonan baharu," katanya.
Katanya, seramai 220 kakitangan daripada Ibu Pejabat JPN Terengganu dan Kelantan terlibat dalam membantu urusan penggantian pengenalan diri itu menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) JPN.
Banjir yang melanda Terengganu bermula 18 Dis lepas disifatkan sebagai banjir terburuk apabila lebih 40,000 penduduk di semua daerah di negeri itu terjejas dan terpaksa dipindahkan ke PPS.
Kampung La di Hulu Besut merupakan kawasan paling teruk terjejas apabila banyak rumah rosak serta musnah dihanyutkan arus banjir dan sehingga kini walaupun banjir telah surut, seramai 53 orang daripada 12 keluarga masih berlindung di PPS di kampung berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#penggantian pengenalan diri
#Kelantan
#JPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan