awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

54 ahli keluarga sepakat berbusana sedondon setiap Aidilfitri

Bernama
Bernama
21/03/2026
05:39 MYT
54 ahli keluarga sepakat berbusana sedondon setiap Aidilfitri
Muda Abdullah, 68 (duduk, kiri) bersama isteri, Khatijah Said, 62, (duduk, dua kiri) menyambut Aidilfitri dengan bersalaman bersama cucu-cucunya di Kampung Tok Dir di sini. - Foto Bernama
Setiap kali menjelang Aidilfitri, sebuah keluarga besar di Kampung Tok Dir di sini tidak pernah melepaskan peluang mengekalkan tradisi memakai pakaian sedondon sebagai simbol kebersamaan serta keharmonian dalam kalangan mereka.
Muda Abdullah, 68, bersama isteri Khatijah Said, 62, serta 12 anak, 30 cucu dan 10 menantu sepakat memilih warna tema untuk dipakai bersama pada pagi Syawal.
Muda berkata amalan yang diteruskan setiap tahun itu bukan sahaja menceriakan suasana pagi Syawal, malah mencerminkan nilai kasih sayang serta perpaduan yang utuh dalam keluarga berkenaan.
Katanya, tradisi itu bermula sejak 2018 dan masih diteruskan hingga kini, sebagai satu daripada cara mengekalkan hubungan erat dalam kalangan ahli keluarga.
“Kami sepakat untuk memakai warna yang sama setiap kali Hari Raya. Ia kelihatan lebih teratur dan serasi apabila semua berkumpul dengan warna yang sedondon untuk diabadikan sebagai kenangan pada pagi raya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tok Dir di sini hari ini.
Sementara itu, anak perempuan Muda, Nazifa Qasrina, 25, berkata pemilihan warna dibuat secara undian melibatkan semua ahli keluarga bagi memastikan setiap orang mempunyai peranan dalam menentukan tema pakaian.
Anak kesebelas daripada 12 beradik itu berkata walaupun jumlah ahli keluarga semakin bertambah dengan kehadiran menantu dan cucu, kesepakatan tersebut tetap dikekalkan dengan melibatkan semua pihak dalam proses pemilihan warna.
“Kami akan menyenaraikan beberapa warna dan membuat undian di kumpulan WhatsApp keluarga. Warna yang menerima undian tertinggi akan dipilih sebagai tema tahun tersebut,” katanya.
Nazifa Qasrina berkata pada Aidilfitri kali ini, warna hijau zamrud atau emerald green dipilih selepas mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli keluarga, dengan setiap individu membeli pakaian masing-masing mengikut warna yang dipersetujui tanpa perlu menempah secara khusus.
“Kami tidak menetapkan jenis pakaian, hanya warna sahaja. Jadi masing-masing bebas memilih rekaan sendiri asalkan warnanya sama,” katanya.
Beliau berkata kebanyakan ahli keluarga tinggal berhampiran dalam kampung sama, sekali gus memudahkan mereka berkumpul dan meraikan Aidilfitri bersama-sama.
“Apabila semua berpakaian sedondon, suasana menjadi lebih meriah dan kami rasa lebih rapat antara satu sama lain. Keseragaman kami mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan sekali gus menjadi kenangan indah yang sentiasa dinantikan setiap kali tibanya Syawal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keluarga
#Aidilfitri
#sedondon
#sepakat
#Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan