awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 peratus pasar tani akan dibuka secara berperingkat

Bernama
Bernama
29/08/2021
10:24 MYT
60 peratus pasar tani akan dibuka secara berperingkat
Sebanyak 60 peratus daripada 350 pasar tani di seluruh negara akan dibuka secara berperingkat sehingga akhir tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR GAJAH: Sebanyak 60 peratus daripada 350 pasar tani di seluruh negara akan dibuka secara berperingkat sehingga akhir tahun ini dengan mengadaptasi prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian pasar segar terkawal (PST).
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata pembukaan pasar tani berkenaan selaras dengan kelonggaran yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.
Beliau berkata SOP yang ketat seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu serta laluan keluar dan masuk ke tapak akan diamalkan secara berterusan di semua pasar tani sebagai salah satu budaya norma baharu dalam kehidupan seharian akibat wabak COVID-19.
Menurutnya, pasar tani telah dibuka di negeri yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin kepada pengurusan Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rasyidin di sini hari ini.
Pada program berkenaan sebanyak 350 kilogram sayur-sayuran, buah-buahan dan produk industri makanan diagihkan kepada 60 penerima di madrasah berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasar tani
#dibuka secara berperingkat
#FAMA
#SOP
#COVID-19
#Zainal Abidin Yang Razalli
#PPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan