awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal

Aida Aziz
Aida Aziz
05/07/2024
02:10 MYT
63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal
Sebahagian daripada 63 PATI dari Depot Imigresen Langkap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak yang dihantar pulang ke negara asal masing-masing pada Khamis.
IPOH: Seramai 63 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Depot Imigresen Langkap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak dihantar pulang ke negara asal masing-masing pada Khamis.
Menurut Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abd Malik, 63 orang itu terdiri daripada 42 lelaki berusia 18 hingga 50 tahun dan 21 wanita berusia 18 hingga 47 tahun.
"Mereka terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Vietnam, Bangladesh, India dan Indonesia.
"Pemindahan PATI ke negara asal dilakukan melalui pintu masuk udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor.
"Ia dilakukan setelah mereka selesai menjalani hukuman denda dan penjara yang diputuskan Pihak Berkuasa Kehakiman (Mahkamah PATI).
"Kerana didapati dengan munasabah telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta diputuskan pemindahan ke negara asal di bawah akta dan peraturan sama," kata Meor Hezbullah dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Beliau berkata, kesemua PATI itu turut disenarai hitamkan bagi mencegah mereka daripada memasuki semula ke negara ini.
"Program penghantaran pulang ini merupakan sebahagian daripada aktiviti berterusan penguatkuasaan membenteras PATI yang dijalankan oleh JIM Perak bagi tahanan yang ditempatkan di Depot Imigresen Langkap," kata Meor Hezbullah lagi.
Topic Berkaitan
#pati
#Imigresen Perak
#pelbagai warganegara
#negara asal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan