awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

72 lokasi bazar Ramadan beroperasi di KL mulai Ahad ini

Bernama
Bernama
29/03/2022
07:13 MYT
72 lokasi bazar Ramadan beroperasi di KL mulai Ahad ini
Shahidan (dua, kanan) beramah mesra bersama peniaga ketika melawat tapak penyusunan penjaja di Jalan Dungun dan Jalan Gelenggang, Bukit Damansara hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 72 lokasi bazar Ramadan membabitkan 5,000 gerai akan beroperasi di sekitar ibu kota sepanjang bulan Ramadan dijangka bermula Ahad ini.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pengoperasian itu bermula sekitar 3 petang hingga 8 malam.
"Walaupun selepas 1 April kita telah masuk fasa peralihan ke endemik, kita mahu mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga penjarakan dan SOP (prosedur operasi standard) lain, " katanya kepada pemberita ketika melawat tapak penyusunan penjaja di Jalan Dungun dan Jalan Gelenggang di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian juga menyasarkan penglibatan lebih 10,000 sukarelawan atau 'duta komuniti' bertujuan memantau, memberi peringatan, nasihat dan teguran berkaitan pematuhan SOP bagi mengekang penularan COVID-19.
Shahidan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mengenal pasti dan mewujudkan beberapa lokasi strategik bagi penyusunan penjaja di sekitar ibu negara bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan secara berpusat, lebih sistematik dengan ruangan lebih kondusif.
"Penyusunan semula penjaja ini akan diperkenalkan di seluruh kawasan di Kuala Lumpur, paling penting kita hendak pastikan penduduk sekitar tidak terganggu dengan kehadiran penjaja yang mahu mencari rezeki," katanya.
Shahidan berkata pelaksanaan program tersebut akan dijalankan secara berfasa dengan memberi tumpuan kepada lokasi khas penjaja dalam bandar mengikut keutamaan.
Katanya, program penyusunan semula penjaja itu juga mendapat kerjasama badan bukan berkanun (NGO) yang memberi kelebihan kepada penjaja antaranya kanopi percuma dan diskaun sewaan tapak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#Menteri Wilayah Persekutuan
#Shahidan Kassim
#DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan