awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

82 bangunan mahkamah akan ditambah baik di seluruh negara

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
22/06/2020
04:32 MYT
82 bangunan mahkamah akan ditambah baik di seluruh negara
Takiyuddin melakukan lawatan kerja ke Mahkamah Majistret Setiu, di sini, pada Isnin. -Astro AWANI
Sebanyak 82 bangunan mahkamah di seluruh negara termasuk Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret sudah dikenal pasti untuk proses penambahbaikan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sebahagian daripada bangunan terbabit sudah pun dalam proses berkenaan.
Katanya di Terengganu, sekurang-kurangnya tiga Mahkamah Majistret telah dikenal pasti untuk proses penambahbaikan.
"Di Terengganu ini, kita jangkakan di Setiu akan dibina sebuah bangunan Mahkamah Majistret baharu.
"Kemudian kita lihat di Marang dan Kemaman yang mempunyai bilangan kes yang tinggi kerana bandar besar (kedua-duanya akan ditambahbaik)," katanya selepas lawatan kerja ke Mahkamah Majistret Setiu pada Isnin.
Mengenai Mahkamah Mahkamah Majistret Setiu yang baharu, katanya kos pembinaan dijangka berjumlah RM15 juta dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
Katanya, ia akan menggantikan lot bangunan yang disewa berhampiran Bandar Permaisuri sejak kira-kira 32 tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Kemaman
#mahkamah
#majistret
#Marang
#Permaisuri
#sesyen
#Setiu
#Takiyuddin Hassan
#tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan