awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mujur tak berlubang tapi tiada penalti! Muka Mbappe dipenuhi darah
100 hari pentadbiran Mamdani: Antara janji perubahan dan cabaran tadbir urus New York
MFL nafi sambutan Piala Malaysia, Piala Cabaran suram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan - UNICEF

Bernama
Bernama
09/03/2026
14:56 MYT
83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan - UNICEF
UNICEF berkata, daripada 700,000 orang yang melarikan diri dari kediaman mereka akibat serangan itu, lebih satu perempat adalah golongan di bawah usia 18 tahun. - Gambar fail

Serangan Israel ke atas kedudukan musuh di negara jiran Lubnan menjejaskan kira-kira 200,000 kanak-kanak dan remaja, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam tempoh seminggu yang lalu, 83 kanak-kanak terkorban dan 254 lagi cedera dalam serangan berkenaan, kata UNICEF pada Isnin dengan memetik angka daripada Kementerian Kesihatan Lubnan.

Daripada 700,000 orang yang melarikan diri dari kediaman mereka akibat serangan itu, lebih satu perempat adalah golongan di bawah usia 18 tahun.

"Angka ini amat mengejutkan," kata Pengarah Serantau UNICEF Edouard Beigbeder. "Ia adalah bukti nyata tentang kesan konflik ini terhadap kanak-kanak.

"Memandangkan serangan ketenteraan berterusan di seluruh negara, kanak-kanak terbunuh dan cedera pada kadar yang mengerikan, keluarga melarikan diri dari rumah mereka dalam ketakutan, dan ribuan kanak-kanak kini tidur di pusat perlindungan yang sejuk dan sesak," tambahnya.

-- BERNAMA-dpa

Topic Berkaitan
#lubnan
#serangan Israel
#kanak-kanak terkorban
#UNICEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan