awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

84 PATI ditahan Jabatan Imigresen Perak

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
12/02/2016
07:01 MYT
84 PATI ditahan Jabatan Imigresen Perak
Kesemua 84 yang ditahan berusia di antara 18 hingga 48 tahun dan terdiri daripada 71 lelaki dan 13 wanita. - Gambar fail
Jabatan Imigresen Perak menahan 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara di sekitar Pasir Puteh dalam Ops Pati pada Khamis.
Operasi bermula jam 11 pagi sehingga petang Khamis itu melibatkan 56 anggota dan pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak dan dijalankan di sekitar taman perumahan, tapak pembinaan dan kompleks perniagaan hasil risikan serta aduan daripada orang ramai.
Kesemua 84 yang ditahan berusia di antara 18 hingga 48 tahun dan terdiri daripada 71 lelaki dan 13 wanita.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Ahamad Puat Abd Hamid berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 14 warga Bangladesh, seorang lelaki Vietnam, 12 lelaki Myanmar,55 warga Indonesia dan dua lelaki dari Pakistan.
"Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Ipoh sebelum dihantar ke Depot Imigresen Langkap untuk tujuan siasatan lanjut.
"Pihak Jabatan juga akan mengesan majikan pekerja terlibat dan (mereka) akan disiasat di bawah seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki menggaji pekerja asing tanpa pas yang sah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Tegasnya, pihak JIM Perak akan terus melaksanakan operasi PATI secara berterusan bagi membendung masalah pendatang asing tanpa izin di negeri ini.
"Orang ramai dan majikan diingatkan supaya tidak menggaji dan memberi perlindungan kepada pendatang asing tanpa izin kerana mereka boleh dikenakan hukuman yang berat di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk penjara dan sebatan jika didapati bersalah oleh mahkamah," tegas Ahamad Puat.
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#Pasir Puteh
#pati
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan