awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 banduan dibebaskan sempena Aidiladha

Bernama
Bernama
27/06/2023
08:36 MYT
9 banduan dibebaskan sempena Aidiladha
Inisiatif PBSL turut menyasarkan untuk mengurangkan bilangan pesalah berulang dan kesesakan di penjara. - Gambar hiasan
LABUAN: Sembilan banduan Muslim dibebaskan daripada Penjara Labuan di bawah program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani, hari ini, sempena perayaan Aidiladha.
Pengarah Pusat Koreksional Labuan Pembantu Pesuruhjaya Kalbin Mohd Said berkata kesemua mereka berasal dari Labuan iaitu enam orang dijemput anggota keluarga dan saudara di luar premis penjara, manakala tiga lagi pulang kepada majikan masing-masing.
Kalbin berkata setakat ini, seramai 21 banduan telah dibebaskan di bawah PBSL melibatkan enam orang dalam kumpulan pertama yang dibebaskan sempena Hari Raya Aidilfitri (19 April); enam orang pada Festival Kaamatan (hujung Mei) dan kumpulan ketiga hari ini.
"Kesemua mereka telah menjalani satu pertiga daripada tempoh hukuman dan dijadual untuk dilepaskan dalam satu atau dua bulan.
"Mereka telah menunjukkan tingkah laku yang baik dan patuh mengikuti program rehabilitasi sepanjang penahanan mereka," katanya kepada Bernama selepas pembebasan banduan itu di Pusat Koreksional Labuan di Jalan Bukit Timbalai.
Kalbin berkata inisiatif PBSL turut menyasarkan untuk mengurangkan bilangan pesalah berulang dan kesesakan di penjara.
"Kami harap ahli keluarga menerima kepulangan banduan ini dengan hati terbuka, supaya mereka boleh menebus diri dan kembali kepada kehidupan biasa," katanya dan menambah inisiatif PBSL dilaksanakan secara serentak di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#banduan
#Pembebasan Banduan Secara Berlesen
#Bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan